Tuesday 26 June 2012

RUMAH BURUNG

RUMAH BURUNG

Akhirnya, siap jugak rumah burung walaupun belum plaster sepenuhnya. Gambar ni sebenarnya diambil pada 15 Mac 2012 yang lepas. Sekarang, dah ada jugak burung yang 'check in'. Harap-harap banyaklah burung yang menetap di rumah ni nanti.


Pandangan tepi, tak larat nak ambil dari depan.

Kerja pembinaan yang hampir 95% siap.

Monday 25 June 2012

HASIL SENI

HASIL SENI RATU 

Inilah hasil seni anak saya, Ratu, 9 tahun. Saya import daripada Galaxy Tabnya. Sebenarnya banyak lagi hasil seni yang memang betul-betul seni (hahaha). 
Very Good!

Tikus yang garang!

Ada matahari bersinar!

Bunga yang digubah agak cantik.

Tidur di bawah sinaran bulan dan galaksi!

Bunga yang cantik!

Sunday 1 April 2012

YENI

Pada 10 Mac yang lalu, Yeni datang bersama dengan 
anaknya. Pertama kali anaknya yang comel dan bijak bercakap datang melawat sebelum mereka balik ke kampung halaman.
Seronok juga apabila melihat Yeni 
(ex-babysitter anak saya) datang bersama anaknya. 
Yang paling lucu ialah, jejak je ke rumah saya anaknya terus mengadu, "aku takot banteng". Saya pun bertanyalah pada Yeni, apa benda yang dia cakapkan tu. 
Rupa-rupanya, banteng adalah seladang. Kat rumah saya,
tak ada pulak seladang. Anaknya pun tunjukkanlah "banteng" 
tu kat mana. Tanduk rusa tempat ayah saya 
menggantung topi rupanya. 
Hahahaha..budak kecik..budak kecik...
Hari esoknya, kebetulan di kampung saya ada pesta kaul, 
jadi kita pun pergilah dan bawa Yeni dan anaknya bersama. Punyalah panas cuacanya. .......
Lawatan Yeni tak lama...cuma 4 hari 3 malam sahaja.....apa 
lagi banyaklah teddy bear dan barang mainan 
anak saya, saya masukkan dalam kotak 
untuk diberi kepada anaknya.
Satu lagi yang tak dapat dilupakan, anaknya sangat pandai menyanyi, siap dengan aksinya lagi. Sayang saya tak merakam dalam bentuk video..hehehe..memang lucu..
Bila tengok budak kecik macam ni..mulalah berangan..... 
apapun bersyukur..........
dikurniakan dengan seorang anak 
lebih baik daripada tidak beranak langsung......
tetap mengharap...
hehehe

haisimatakuyu.blogspot.com
Semasa di tapak pesta kaul

Saturday 31 March 2012

SUPADIO AIRPORT, PONTIANAK OH PONTIANAK

Alhamdulillah, berjaya jugak akhirnya mendapatkan tiket ke Pontianak melalui Kuching. Hari ini, orang yang paling saya cintai telah berangkat ke Kuching dan seterusnya ke Pontianak bersama ibunya serta anak saudaranya.
Semoga perjalanan mereka dipermudahkan oleh Allah dan tujuan terbang ke sana juga tercapai. Semoga ibu mertuaku cepat sembuh dan mampu berjalan apabila balik dari sana.
Inilah gambar airport Supadio, Pontianak yang saya ambil daripada internet. Macam biasalah, suami jenis yang tidak suka merakam gambar dan tidak membawa kamera. Yelah, tujuan mereka terbang pun nak berubat, bukannya nak melancong.
Supadio Airport, Pontianak, Indonesia
Ini rupa-rupanya kapal terbang yang dimaksudkan. Ingatkan jenis yang sama macam Mukah ke Kuching tu. Agak besar jugak nampaknya.
Aerospatiale airplane
 Selamat terbang dan kembali dengan selamat.





Friday 30 March 2012

KAYU HANYUT DI SUNGAI PADA OKTOBER 2010

Inilah gambar kayu hanyut pada Oktober 2010 di kampung saya. Nasib baik simpan lagi gambar ni. Orang -orang kampung beramai-ramai pergi ke jeti (kami panggil jambatan) seperti ada upacara yang sangat meriah, melihat kayu yang hanyut dengan banyaknya.
Arkib Borneo Post untuk berita tentang kayu hanyut ini :



















Wednesday 21 March 2012

HAIWAN KESUKAAN

                                                                                 
Mana satu haiwan kesukaan anda? Kucing? Arnab? Ikan Emas? Hamster? Pastinya kepada yang gemar memelihara haiwan kesayangan ini arif kenapa mereka sayang pada haiwan tersebut. Nak cuba satu permainan? 
Cuba ambil masa anda, fikirkan tiga (3) ekor haiwan, kalau diberi pilihan....haiwan apakah yang ingin anda jadikan haiwan kesayangan anda mengikut keutamaan satu (1), dua (2) dan tiga (3) serta mengapakah anda suka dengan haiwan tersebut.
Contoh ;



1
KUCING
Comel
2
GAJAH
Setia
3
IKAN
Tenang

Sila Cuba! Good Luck! 









Jawapan:

Haiwan pertama yang anda pilih (sifatnya), menggambarkan APA YANG ANDA NAK ORANG LIHAT ANDA BAGAIMANA.
Haiwan kedua yang anda pilih (sifatnya), menggambarkan SEBENARNYA ORANG LIHAT ANDA SEPERTI INI
Haiwan ketiga yang anda pilih (sifatnya), menggambarkan ITULAH DIRI ANDA YANG SEBENAR


Friday 9 March 2012

KENALI DIRI MELALUI WARNA

Warna-warna kehidupan? Yang mana satu pilihan anda?
Ujian ini mudah. Sila isi nama orang yang anda kenali dan orang tersebut juga kenal dengan anda pada kotak mengikut warna yang anda rasa sesuai untuk orang tersebut. Orang yang diisi pada kotak di bawah haruslah orang yang berlainan untuk setiap kotak (bukan orang yang sama). Contohnya, anda boleh isi ibu, ayah, atok, nenek, adik-beradik, kawan-kawan, suami, isteri, kekasih, orang yang anda tak suka dan sebagainya asalkan dia kenal anda dan anda kenal dia. 

OREN
BIRU
MERAH
HIJAU
PUTIH





Sila isi dan ambil masa anda.



Ooooops...Jangan baca jawapan dulu, jawab dulu.
Pandanglah warna yang hebat ni..
Anda suka ini?


Jawapan :
Dah siap isi? Ini jawapan kepada apa yang anda jawab.


OREN
BIRU
MERAH
HIJAU
PUTIH
Orang yang anda isi pada kotak ini adalah orang yang anda sanjungi kerana ada sesuatu yang istimewa pada orang ini menyebabkan anda berminat kepadanya.
Orang yang anda isi pada kotak ini adalah orang yang menyanjungi diri anda kerana pada pandangannya, anda adalah orang yang mempunyai keistimewaan tertentu.
Orang yang anda isi namanya pada kotak ini adalah orang yang anda pernah kenal agak mesra dan rapat, tetapi anda pernah melalui peristiwa yang tidak berapa baik dengannya.
Orang yang anda isi untuk kotak ini adalah orang yang anda akan ingat untuk selama-lamanya hingga ke akhir hayat.
Orang yang anda isi pada kotak ini adalah orang yang akan ingat diri anda untuk selama-lamanya hingga ke akhir hayat.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...