Monday 2 May 2016

BUKU-BUKU YANG SEDANG DIBACA

Tamaknya...3 buku sekaligus dibaca serentak. 


1. Maaf jika aku tak sempurna, karya Acik Lana. Buku ni baru saja dibeli kerana baru-baru ini menonton drama Melayu "Akadku Yang Terakhir". Bila tengok nama penulis buku Acik Lana, nak cuba dengan baca karya penulis nilah pulak. Walaupun buku ni Cetakan Kedua puluh satu (buku lama dah) tetap juga nak baca.


Cetakan Kedua puluh Satu-Ogos 2014
 2. Best Kept Secret, karya Jeffrey Archer yang kedua yang saya         baca. Buku Jeffrey pertama yang saya baca hari itu "Only Time Will Tell", sangat menarik. Jadinya nak teruskan dengan buku ini pulak, bila nak habis baca!  


Jeffrey Archer 2013

3. The Year I met You, karya Cecelia AhernDalam proses membaca, pun menarik.

Cecelia Ahern 2014




Sunday 1 May 2016

KIMCHEE & MIKA

Inilah gambar kucing kesayangan Ratu. Yang tinggal hanyalah Kimchee dan Mika. Anak kucing nama Ijoi dah kena curi baru-baru ni, sedih betul. Ijoi tu anak kucing yang sangat cute, gebus, gemuk dan nakal.

Mika & Kimchee

Kimchee





Friday 22 April 2016

TAK SABAR

Rindunya pada Ratu. Macam dah setahun rasanya tak bersua, walhal baru minggu lepas menjenguk Ratu sekejap. Minggu lepas pun Ratu macam nak menangis sebaik jumpa Mama dan Babanya. Minggu lepas tak boleh jumpa lama-lama, dapat jumpa sekejap pun dah bersyukur sebab diorang masuih terlibat dengan Kem.
Suami ada bagitau yang minggu ni tak perlulah jenguk Ratu kat asrama. Suami kata cuba jarakkan 2 minggu sekali untuk jenguk Ratu...tapi macam tak sampai hatilah pulak. Lagi-lagi selepas Cuti Pertengahan Penggal hari tu, bila jenguk dia je..time nak balik tu...muka Ratu dah mendung. Nampak macam belum dapat sesuaikan diri dengan kehidupan asrama, kesianlah pulak.
Kadang-kadang terfikir jugak, kesiannya anak aku duduk asrama. Ratu sendiri yang setuju nak duduk MRSM. Kalau ikutkan hati rasa nak larang aje dia masuk asrama. Tapi apakan daya, takut kesungguhannya terbantut bila kita sekat minat dan kemahuannya.
Esok tak dapat nak bayangkan....macam mana keadaan Ratu. Harap di baik-baik saja. Lagipun suami tak dapat ikut jumpa Ratu esok. Haaaaiiii, risaunya...
Dalam hati sekarang cukup tak sabar nak jumpa Ratu. Ratu ratu ratu.....Mama rindu anak Mama sangat-sangat.
Mama sayang Ratu....

Sunday 17 April 2016

SUPERHERO

Ironman antara watak superhero yang saya minat sangat-sangat. Yang kedua, saya minat Superman. 
Yang ketiga saya minat Batman. 

Kenapa lebih berminat Ironman berbanding watak-watak lain? 

Sebabnya ; 
1. Ironman berwarna merah. Saya miiinaaat tengok superhero dengan costume berwarna merah. 

2. Saya suka watak superhero yang nampak sombong dan nakal.

3. Saya suka watak superhero yang kaya-raya...hahaha mata duitan. 

4. Saya suka watak superhero yang cerdik. 

5. Saya suka watak superhero yang boleh terbang........ 

Sebenarnya, superhero yang memang super-super hero dalam hidup saya adalah suami saya. 

Walaupun dia tak boleh terbang, tapi dia boleh bawa saya terbang naik kapal terbang..hahaha. 

Juga, walaupun dia taklah kaya-raya, tapi cukup segala keperluan, hidup pun agak senang dan suami saya memang sangat cerdik, sangat nampak sombong (muka brutal)...dan kadang-kadang cukup nakal. 

Satu je tak ada persamaan dengan Ironman, suami saya rasanya taklah suka sangat dengan warna merah...rasa-rasanyalah. 

By the way, I love you so much hubby.....you are my Real Superhero! 
Sarang heyo! 
Chan Rak Te! 
Nyong sukak banget karo kue! 
Jet 'aime!

Friday 15 April 2016

TERKENANG


Hati asyik terkenang.....rindu, sedih, sayu dan berbagai perasaan hadir. Telah 5 tahun nenek pergi, tetapi hati ini masih merinduinya....selalu. Nenek yang amatku sayangi telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 15 April 2011. Tiada lagi insan yang boleh berbicara apa jua cerita tentang kehidupan, tiada lagi insan yang minta beli itu dan ini, tiada lagi insan yang kusayang memintaku masak itu dan ini, tiada lagi insan bergelar nenek yang dapat ku rawat dan ku hantar ke klinik bila sakit tiba.
Rindunya masa lalu......
Semoga engkau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.......
Semoga Allah melindungimu dari seksaan kubur.........
Aku mengharapkan aku tidak akan pernah lupa nenek..........



Tuesday 26 June 2012

RUMAH BURUNG

RUMAH BURUNG

Akhirnya, siap jugak rumah burung walaupun belum plaster sepenuhnya. Gambar ni sebenarnya diambil pada 15 Mac 2012 yang lepas. Sekarang, dah ada jugak burung yang 'check in'. Harap-harap banyaklah burung yang menetap di rumah ni nanti.


Pandangan tepi, tak larat nak ambil dari depan.

Kerja pembinaan yang hampir 95% siap.

Monday 25 June 2012

HASIL SENI

HASIL SENI RATU 

Inilah hasil seni anak saya, Ratu, 9 tahun. Saya import daripada Galaxy Tabnya. Sebenarnya banyak lagi hasil seni yang memang betul-betul seni (hahaha). 
Very Good!

Tikus yang garang!

Ada matahari bersinar!

Bunga yang digubah agak cantik.

Tidur di bawah sinaran bulan dan galaksi!

Bunga yang cantik!

Sunday 1 April 2012

YENI

Pada 10 Mac yang lalu, Yeni datang bersama dengan 
anaknya. Pertama kali anaknya yang comel dan bijak bercakap datang melawat sebelum mereka balik ke kampung halaman.
Seronok juga apabila melihat Yeni 
(ex-babysitter anak saya) datang bersama anaknya. 
Yang paling lucu ialah, jejak je ke rumah saya anaknya terus mengadu, "aku takot banteng". Saya pun bertanyalah pada Yeni, apa benda yang dia cakapkan tu. 
Rupa-rupanya, banteng adalah seladang. Kat rumah saya,
tak ada pulak seladang. Anaknya pun tunjukkanlah "banteng" 
tu kat mana. Tanduk rusa tempat ayah saya 
menggantung topi rupanya. 
Hahahaha..budak kecik..budak kecik...
Hari esoknya, kebetulan di kampung saya ada pesta kaul, 
jadi kita pun pergilah dan bawa Yeni dan anaknya bersama. Punyalah panas cuacanya. .......
Lawatan Yeni tak lama...cuma 4 hari 3 malam sahaja.....apa 
lagi banyaklah teddy bear dan barang mainan 
anak saya, saya masukkan dalam kotak 
untuk diberi kepada anaknya.
Satu lagi yang tak dapat dilupakan, anaknya sangat pandai menyanyi, siap dengan aksinya lagi. Sayang saya tak merakam dalam bentuk video..hehehe..memang lucu..
Bila tengok budak kecik macam ni..mulalah berangan..... 
apapun bersyukur..........
dikurniakan dengan seorang anak 
lebih baik daripada tidak beranak langsung......
tetap mengharap...
hehehe

haisimatakuyu.blogspot.com
Semasa di tapak pesta kaul

Saturday 31 March 2012

SUPADIO AIRPORT, PONTIANAK OH PONTIANAK

Alhamdulillah, berjaya jugak akhirnya mendapatkan tiket ke Pontianak melalui Kuching. Hari ini, orang yang paling saya cintai telah berangkat ke Kuching dan seterusnya ke Pontianak bersama ibunya serta anak saudaranya.
Semoga perjalanan mereka dipermudahkan oleh Allah dan tujuan terbang ke sana juga tercapai. Semoga ibu mertuaku cepat sembuh dan mampu berjalan apabila balik dari sana.
Inilah gambar airport Supadio, Pontianak yang saya ambil daripada internet. Macam biasalah, suami jenis yang tidak suka merakam gambar dan tidak membawa kamera. Yelah, tujuan mereka terbang pun nak berubat, bukannya nak melancong.
Supadio Airport, Pontianak, Indonesia
Ini rupa-rupanya kapal terbang yang dimaksudkan. Ingatkan jenis yang sama macam Mukah ke Kuching tu. Agak besar jugak nampaknya.
Aerospatiale airplane
 Selamat terbang dan kembali dengan selamat.





Friday 30 March 2012

KAYU HANYUT DI SUNGAI PADA OKTOBER 2010

Inilah gambar kayu hanyut pada Oktober 2010 di kampung saya. Nasib baik simpan lagi gambar ni. Orang -orang kampung beramai-ramai pergi ke jeti (kami panggil jambatan) seperti ada upacara yang sangat meriah, melihat kayu yang hanyut dengan banyaknya.
Arkib Borneo Post untuk berita tentang kayu hanyut ini :



















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...