- Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam.
- Sebenarnya ziarah-menziarahi digalakkan bukan sekadar pada masa sakit sahaja bahkan melengkapi semua keadaan.
Adab Menziarahi Orang Sakit
- Jangan duduk terlalu lama di sisinya kerana duduk terlalu lama membawa kepada jemu si pesakit itu.
- Zahirkan simpati kepadanya seolah-olah kita juga berasa sebagaimana ia merasakannya.
- Doakan untuknya seperti dikatakan "Ya Tuhanku, afiatkanlah/ sihatkanlah sahabatku ini," atau dikatakan baginya, "Semoga Allah menyembuhkan saudara dengan segera."
- Nasihatkan supaya bersabar kerana dengan sakit itu mendapat pahala yang banyak dan ini sebagai dugaan semata-mata.
- Jangan makan-makanan yang dihadiahkan orang kepadanya atau makanan yang disediakan untuknya kerana apabila dimakan maka hilanglah pahala ziarah itu.
Adab Menziarahi Orang Yang Sakit Tenat
- Apabila pesakit itu sudah tenat dan harapan untuk sembuh adalah tipis.
- Antara tanda-tanda kematian sudah terlalu hampir adalah seperti : Bulu kening sudah jatuh ke bawah tidak terletak di atas tulang dahi, hidung sudah lembik, tapak kaki sudah tidak tegak, telinga sudah layu.
- Maka patutlah dilakukan beberapa perkara umpamanya hendaklah diberi pengharapan yang Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.
- Pengharapan yang terakhir ialah sangka baik terhadap Allah.
- Jangan biarkan pesakit itu bercakap yang bukan-bukan sehingga menimbulkan perasaan putus asa terhadap rahmat Allah SWT.
No comments:
Post a Comment